23 May
Teknik Pemakaian Bahasa ( Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial )

Bahasa adalah alat komunikasi yang berupa system lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia. Sebagaimana kita ketahui, bahasa terdiri atas kata-kata atau kumpulan kata. Masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata sebagai lambang dengan objek atau konsep yang diwakili Kumpulan kata atau kosakata itu oleh ahli bahasa disusun secara alfabetis, atau menurut urutan abjad,disertai penjelasan artinya dan kemudian dibukukan menjadi sebuah kamus atau leksikon.  


Gunakan gaya bahasa yang mudah diingati

Pilih daftar kata yang konkrit dan jelas. Sekiranya anda menulis mengenai kereta, pembaca tidak akan mengetahui rupa fizikal kereta tersebut sekiranya anda tidak menceritakan perihal kereta itu secara terperinci. Perkataan yang konkrit dan jelas memudahkan pembaca mengingati mesej yang anda ingin sampaikan kepada mereka. Contoh contoh bahasa yang boleh diguna pakai adalah seperti berikut; 

Frasa menarik dalam karangan

1.Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2.Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3.Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4.Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5.Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6.Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7.Alaf baharu - Masa terkini
8.Mutakhir ini - Pada masa kini
9.Seantero dunia - Seluruh dunia
10.Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11.Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12.Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14.Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15.Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16.Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17.Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18.Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19.Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20.Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21.Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22.Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23.Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24.Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25.Landasan berfikir - Cara berfikir
26.Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27.Mengaibkan diri - Memalukan diri
28.Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29.Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30.Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31.Bacul - Tidak bersemangat
32.Badai kehidupan - Cabaran hidup
33.Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34.Berkongkalikung - Bersepakat
35.Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36.Praja - Kota / negeri
37.Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38.pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39.Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40.Nawaitu diri - Keinginan diri
41.Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42.privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43.Portfolio menteri - Tugas menteri
44.Pentas siasah - Dunia politik
45.Polemik - Bahas / debat / konflik
46.Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47.Linglung - Hilang ingatan
48.Falah - Kejayaan / kemenangan
49.Interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.Bersilengah - Bersikap tidak tahu

Penanda Wacana

i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,

b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,

c) Dalam meniti arus kemodenan ini,

d) Dewasa ini,

e) Pada masa ini,

f) Kini,

g) Dasawarsa ini,

h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

i) Sejak sedekad yang lalu,

j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,

k) Kebelakangan ini,

l) Belakangan ini,

m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu

a) Selain itu,

b) Di samping itu,

c) Sementara itu,

d) Lebih-lebih lagi,

e) Dalam pada itu,

f) Lain daripada itu,

g) Pada waktu yang sama,

h) Dalam pada itu,

i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana

b) Hal ini berlaku kerana

c) Hal ini terjadi kerana

d) Hal ini disebabkan oleh

e) Hal ini wujud akibat daripada

f) Hal ini bersangkut-paut dengan

g) Hal ini berpunca daripada

h) Hal ini tercetus apabila

i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya,

b) Contohnya,

c) Sebagai contoh,

d) Tamsilnya,

e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,

f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan

b) Hal ini menyebabkan

c) Oleh itu,

d) Maka,

e) Oleh hal yang demikian,

f) Oleh sebab itu,

g) Jelaslah bahawa

h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya,

b) Natijahnya,

c) Akibatnya,

d) Akhirnya,

e) Dengan itu,

f) Dengan berbuat demikian,

g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:

Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) 

Membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru

b) malah

c) malahan

d) tambahan pula

e) sementelahan

f) sekali gus

g) di samping

h) bahkan

i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup

a) Kesimpulannya,

b) Intihanya,

c) Secara tuntas,

d) Konklusinya,

e) Sebagai penutup wacana,

f) Sebagai penghias bicara akhir,

g) Sebelum mengakhiri wacana ini,

h) Secara keseluruhan,

i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun,

b) Walakin begitu,

c) Namun demikian,

d) Daripada perspektif yang berbeza,

e) Jika dilihat dari sudut lain,

f) Dengan kata lain,

g) Kontradiksinya,

i) Di sebalik itu,

j) Dalam pada itu,

k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, .......

b) Bak kata peribahasa Melayu, ............

c) Bak kata orang tua-tua, ...........

d) Bak kata mutiara, .........

e) Bak peribahasa, ............

f) Bak kata cendekiawan, .............

g) Persis kata peribahasa, ............

h) Persis kata peribahasa Melayu, .............

i) Persis kata orang tua-tua, ............

j) Persis kata mutiara, ............

k) Persis peribahasa, ...............

l) Persis kata cendekiawan, .............

m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........

n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......

o) Fenomena ini dikatakan

p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........

q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........


Contoh bahasa yang digunakan pakai dalam karangan ini adalah;

Dalam menongkah era dunia yang kian mengaburi pancaindera, negara kita Malaysia telah banyak membangun setanding dengan negara-negara maju yang lain. Namun begitu, dalam pada itu, sedarkah kita bahawa pelbagai ranjau pidana telah berlaku dalam kalangan rakyat kita seiring dengan pembangunan negara yang semakin gah ini. Dari hari demi hari, acapkali kita tonton mengenai masalah sosial yang semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan dalam kalangan masyarakat terutamanya yang membabitkan golongan remaja. Permasalahan ini telah menjadi satu polemik yang hangat diperdebatkan sehinggakan menjadi buah mulut masyarakat. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah mengambil inisiatif untuk mengekang perkembangan negatif ini daripada merajai mental dan fizikal para remaja.



Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING